Thursday 28 February 2013

Trilogi Degupan Hati


Ibnul Qayyim r.h. mengatakan :

" Sesungguhnya dalam hati terdapat luka yang tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah S.W.T. Di dalamnya juga ada satu keterasingan yang tidak mampu di ubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada kesedihan yang tidak akan mampu dipadamkan kecuali oleh kebahagiaan yang memudah kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya.

Di dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju kepada Allah S.W.T. Di dalam hati juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah , yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan -Nya."

Leave a Reply