You Are At The Archives for February 2013

Thursday 28 February 2013

Carilah Hati Anda


Imam Abu Hamid Al-Ghazali r.h. berkata :

" Carilah Hatimu di tiga tempat pertama , ketika membaca Al-Quran , kedua ketika solat dan ketiga , ketika mengingati kematian , Jika pada tiga tempat tersebut kamu belum menemui hatimu , maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati , sebab kamu tidak memilikinya!"

Muhasabah Diri


Ibnul Qayyim r.h. mengatakan :

" Ketika orang lain bergantung pada dunia , bergantunglah kamu hanya kepada Allah. Ketika orang lain berasa gembira dengan dunia , jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain berasa bahagia dengan kekasih -kekasih mereka , jadikan dirimu berasa bahagia dengan Allah. Ketika orang ramai pergi menghadap raja-raja dan pembesar-pembesar mereka untuk mengharap harta dan mencintai mereka , jadikan dirimu betul-betul mencintai Allah S.W.T. "

Trilogi Degupan Hati


Ibnul Qayyim r.h. mengatakan :

" Sesungguhnya dalam hati terdapat luka yang tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah S.W.T. Di dalamnya juga ada satu keterasingan yang tidak mampu di ubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada kesedihan yang tidak akan mampu dipadamkan kecuali oleh kebahagiaan yang memudah kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya.

Di dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju kepada Allah S.W.T. Di dalam hati juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah , yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan -Nya."

Hakikat Dunia


Nabi S.A.W. bersabda :

" Sesungguhnya perumpamaan dunia dan diriku adalah seperti seseorang yang beristirehat sejenak di bawah pokok pada siang yang amat panas , kemudian dia pergi dan meninggalkannya."

                                                                                                                           (HR.Ahmad)

" Dunia itu terlaknat , dan terlaknat pula segala yang ada di dalamnya , kecuali zikrullah ( menyebut dan mengingati Allah) serta perkara-perkara yang menyokongnya , seorang yang alim ( tahu dan berilmu ), atau seorang yang belajar ( menuntut ilmu)."

                                                                                                 (HR.Ibnu Majah dan At-Tirmizi )

" Apakah ertinya dunia bagiku? Apakah ertinya dunia dan hartaku? "

                                                                                                                        (HR. Ad Darimi )




Ibadah Yang Menakjubkan


Allah S.W.T. berfirman :

" Bacalah apa yang telah di wahyukan kepadamu , iaitu Al-Kitab ( Al-Quran ) dan dirikanlah solat . Sesungguhnya solat itu mencegah dari ( perbuatan - perbuatan ) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah ( solat ) adalah lebih besar ( keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain ). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan ."






Love yourself first.




Waktu Susah dan Senang


Remember Allah when life is rough or when your life is great. Pray and doa' show that you love Allah and thankful for everything that He gave you. Say Alhamdulillah.

#Berpijak di bumi yang nyata.


Kiasan




Assalamualaikum,.

Bekerja dan berusahalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu dan melakukan amalan yang baik seperti kamu akam mati keesokan harinya.

Mengejar kebahagiaan dan kejayaan di dunia JANGAN ditinggalkna akhirat dan untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan di akhirat jangan ditinggalkan dunia.

Saya hanya insan yang berkongsi dan mencari keredhaan dari Allah. Meniti dunia yg sementara.
#Ibadah yang Menakjubkan./ Amalan yang paling dicintai Allah.